Pages

Sunday, May 19, 2013

Sambung Study..???belajar la selagi mampu..!!

assalamualaikum semua..

hurm..memandangkan keputusan UPU bg lepasan SPM dah keluar,tajuk kita hari ni, "SAMBUNG STUDY"..ok..tajuk kali ni bukan untuk yang lepasanSPM ja,yg sekarang form 5 or form 4 pun boleh baca..bagi yg lepasan STPM dan matrik pun boleh..sebagai kakak la yee,senang sikit nak bahasanya..akak dulu pun pernah melalui proses nih,waktu form 5 apply sana,apply sini,semua peluang rasa nak grab time 2,,xkira la,pantang lalu je berita-berita tentang universiti,maktab dan matrik ni,,tapi borang politeknik tak pulak isi time 2..bukan tak mau apply politeknik ni,tapi akak tahu kelemahan akak dalam bab teknikal..akak lebih kepada subjek teori..jadi berani mati tak apply laa..zaman akak SPM tahun 2007,kami xmacam sekarang semua dalam satu sistem..time akak memang susah..nak satu-satu institut tu,borang dan no. pin lain-lain..

nak jadi cerita,akak ni jugak time 2 sangat-sangat buta IT..even nak bukak laptop pun takut,ni kan pulak bukak internet..jadi,mak saudara la yang isikan semua-semua tu..kos ja akak cakapkan..nak dipendekkan cerita,lepas ja SPM,terus masuk PLKN(best ok,adik2 jgn takut,,sgt best,,lain waktu kita buat entri PLKN pulak yaa) ..jadi untuk isi SPA time tu dah terlepas..ok laa..blk ja PLKN,esoknya ambil result dekat sekolah..untuk pengetahuan anda-anda sekalian,akak bukanlah best student dekat sekolah 2,sebab akak baru ja pindah ke sekolah tu,jadi sebelum ke sekolah baru tu,akak student convent,jadi kami AGAK aktif dalam sport,,jadi bila pindah sekolah,TERkena kejutan budaya la(KEJUTAN dengan lelaki dan persaingan anatara lelaki dan perempuan dalam kelas).. agak sentap la time 2..ehh..dah lari tajuk nih..ok ok,back to our discussion..Alhamdulillah la,atas berkat doa family,cikgu dan tunjuk ajar kawan-kawan,result akak baik jugak la,jumlah 'A' 2 triple dari jangkaan..

bila tiba,time check result UPU,first2 sekali agak kecewa la,bila dia cakap 'anda tidak berjaya'..tahun akak 2,tahun pertama isian borang dalam talian means online laa..jadi time tu memang ramai sangat yang dapat result 6A keatas tak dapat UPU dan matrik,termasuk la akak..tiada pilihan lain,akak pun masuk la form 6..alah PRA-U..memang agak kecewa laa..akak teruskan dengan aliran sains tulen(pengajian am,biology,kimia n math T)..memang sangat-sangat mencabar,bila result kita lebih baik dari kawan kita,tapi kita still di sekolah @ form 6..malu sedih semua ada..tapi satu ja akak fikir time 2,macam macam mana sekali pun,akak kena study jugak,,semangat camni,adik-adik kena ikut..!!akak ada apply SPA..mintak nursing,tapi xdapat..time 2,akak memang suka sangat nursing nih..akak sangat suka perkerjaan yang beruniform..mungkin bukan rezeki..

waktu form 6 ni,dah pandai guna komputer dah,jadi UPU pun dah isi sendiri..lepas STPM,akak masuk giat mara,,nak timba ilmu kemahiran pulak...persedian kalau STPM xbagus..
result test dan exam waktu form 6 xle excellent mana,jadi agak berdebar la nak tunggu result STPM 2..waktu isian pertama ambil kos pun merepek-merepek ja..pertanian la bagai..lepas dapat result STPM 2,agak terkejut,sebab xsangka result cantik plak..balik 2 ja,terus bukak web UPU,isian ke dua dah bukak..cepat-cepat tukar kos NURSING semua..excited kan..SPA pun isi dan dah pergi interview jugak..

dalam seminggu lepas 2,tiba-tiba ternampak iklan NURSING dkt USM(ada ujian,dan temuduga dekat kampus kesihatan dekat kelantan)..lusa tarikh tutup,,jadi,macam lipas kudung la buat kerja isi borang dan pos apa-apa yang patut..yang tragis nya,iklan 2 dekat bungkus nasi lemak..HAPPY PART..:lepas ja result UPU keluar,tiba-tiba tulis TAHNIAH ANDA TELAH DITERIMA DI UPM dalam kos PERTANIAN..aduihh..terus rasa kecewa,sebab xminat pun,,tunggu punya tunggu last-last surat kedua,TAHNIAH,ANDA DITERIMA MASUK KE UNIKL kos biomedikal engenering DENGAN TAJAAN PENUH..pening kepala..akak kan cakap,akak xboleh enginering2 nih..tawaran ketiga TAHNIAH ANDA DITERIMA MASUK ke KOLEJ PEGAWAI PERUBATAN hospital bahagia..dugaan betul..sebenarnya akak duk tunggu yang nursing 2..tapi bila ketiga-tiga tawaran ni datang serentak,agak pening jugak..waktu lepas SPM hari tu,xada satu pun tawaran,bila lepas STPM ni banyak ja tawaran,,beberapa minggu lepas tu,tawaran yang ditunggu tiba..TAHNIAH ANDA DITERIMA MASUK KE USM KAMPUS KESIHATAN..alhamdulillah,tawaran yang ditunggu dan nak sangat..sekarang akak dah tahun akhir dekat kelantan ni dalam kos nursing nih..

apa motif akak cerita semua nih..??adik-adik,kakak-kakak sekalian,,sebenarnya entri ni nak cerita,rezeki kita ada,cuma ALLAH lambatkan atau cepatkan saja..kadang2 ALLAH nak uji kita,dan tengok kita samaada kita boleh bersabar atau tidak,tengok,sebagai contoh,akak sabar,dan at last,rezeki tu milik akak jugak..selalu berdoa,al-mathurat jangan tinggal..tu doa2 yang nabi selalu amalkan..murah rezeki..berdoa,berusaha selagi boleh..jangan cepat putus asa..memang susah nak hadapi..bukan nak hadapi dengan orang sekeliling,tapi dengan diri sendiri pun kita xmampu hadapi..tapi ingat ALLAH tu maha pemurah..apa yang hak kita,dia akan beri..kalau bukan dalam teori,mungkin dalam bidang praktikal..JANGAN SESEKALI PUTUS ASA..


Saturday, May 11, 2013

TERkoyak kain saya..!

assalamualaikum..

tittle post agak kontroversi ka..?hurm..ok laa..back to the main aim..apa yg nak dicakap hari nih,sebenarnya 'RAHSIA'..lari jauh kan dari tajuk atas 2..!



ya la..bohong kan kalau kita sebagai manusia ni,tak ada rahsia..?semua manusia ada rahsia dia sendiri..dan kadang-kadang tu,rahsia 2 rahsia yang sangat baik atau perkara baik atau perkra gembira..tapi sebab apa perlu nak RAHSIA rahsia bagai kalau benda baik..

rakan-rakan,kakak-kakak,abang-abang sekalian,rahsia ni,tak kisah la samaada baik atau tak,selagi dia nama rahsia,dan ada kena mengena dengan hal peribadi seseorang,itu kan hak peribadi dia,xkan la kita nak koyakkan kain dia,walhal pada asalnya nak jaga tepi kain ja 2,,terlebih jaga tepi kain,sorang tarik kain sebelah kanan,sorang tarik kain sebelah kiri,maunya tak terkoyak,..??mesti la terkoyak rabak kain tu..

hal peribadi orang lain,tetap hal peribadi orang..kadang-kadang ada hal peribadi org 2 bkn sengaja nak disembunyikan,tapi ada sebab..orang lain tak kan faham situasi sebenarnya,,cakap memang senang,benda baik eloknya di hebohkan,tapi pernah tak terfikir,kadang2 ada hal peribadi kita sendiri/family kita pun,yg seeloknya org ramai tahu,tp kita sembunyikan..??mcm 2 jugak hal org lain..jangan sampai terlalu nak menjaga kain orang,kain sendiri yang terkoyak rabak..tapi zaman sekarang ni,kain orang dikatanya terkoyak,walhal kain sendiri yang jarang,tak pula perasan...maksudnya,katanya orang tu salah,orang ni salah,walhal diri sendiri tu,tak sempat buka mulut pun,dah nampak kesalahan dah..



TAPI,ingat,ada perkara baik yang perlu dirahsiakan dan jangan dihebohkan sebab ada manusia di sekeliling kita yang bersifat dengki dan busuk hati. nabi yusof pun merahsiakan mimpinya daripada adik-beradiknya atas nasihat nabi yaakub..ni kan pula kita manusia...

moral of the story,jangan sibuk nak tahu hal orang,takut nanti nampak sangat kebodohan diri..jangan sibuk suruh orang lain ceritakan rahsia,sebab awak bukan penasihat peribadi si A yang nak tetapkan segala macam jadual hariannya..TAPI...sibuklah suruh seseorang jangan lupa ALLAH dan buat amalan-amalan wajib dan sunat..sibukkanlah diri mendoakan kebahagian orang lain,itukan lebih baik dari sibuk hebohakan macam-macam cerita..setakat tu ja kot untuk malam ni,bye Assalamualaikum..