Pages

Monday, September 10, 2012

best SANGAT ka CANTIK..????


Eeehhh, jangan berhenti baca..ni bukan post sakit hati..baca bagi habis dulu,baqu tau apa makna post nihh..tapi..memang la pelik kan tajuk nihh..
K,,sebenanqnya tajuk nih tercetus dari kawan-kawan kin yang ada waktu hari kenduri hari tu..ada la si kak A,B,C dengan abang D ni..depa tengah sembang2 time 2..:
(di kawasan kenduri)

A: wehh..seronok ja weh aku tengok depa 2..
D:awat..?
C:haaaa..A start dah la 2..mula start berangan duk atas pelamin la 2..
B:mau dak weh..muda-muda dah ada anak dah..aku pun jeles..dah la laki dia hensem..
A:2 laa..gila hensem..aku tgk bini dia besa jaa..aku cantik lagi
D:dah jodoh depa kan..?
C:dak laa..selalunya orang yang cantik ja kawin awai nih..
B:dah jodoh depa kan..?habis 2,orang yang tak cantik tak kawin ka dalam dunia nih..??ALLAH kan adil..hang ni laa..
D: perempuan perempuan..wehh..aku nak Tanya sikit.. best sangat ka cantik nih..??aku lelaki nak tau sikit erti cantik bagi hampa hampa n hampa nih..??siap duk condem bini orang lagi nih..??
A B C: errrr..!@#$%^&*()_+...

So kin pun yang duk xla jauh sangat dari depa ni,terus ja terpikir..betol juga cakap abang D ni..best sangat ka cantik..??sedih pulak bila ada lagi manusia yang still judge semua benda 2..
Sebenanya tiada orang yang buruk,semuanya cantik dalam dunia ni.. buruk atau cantik tu hanya pada penilaian manusia ja kan..??selalunya penilaian ni akan tersasar..
Kecantikan tu memang la satu anugerah yang patut disyukuri. Tapi kecantikan tak akan pernah bertahan sampai bila-bila. Banggunan yang kita buat pun dan dijaga rapi lama-lama akan usang dan tak akan memukau lagi. Contohnya dulu,banggunan tabung haji dianggap banggunan paling cantik dan unik kat  kuala lumpur. Tapi la nih,KLCC la yang paling cantik..tapi ingat,satu hari nanti,KLCC pun akan alami masalah yang sama. 2 banggunan,apatah lagi manusia kan..?
Kecantikan 2 penting,tetapi,tak payah la di pentingkan sangat. Kecantikan yang Puteri Diana ada menjadi petaka bagi diri dia.bersyukurlah dengan kecantikan yang kita ada,jangan sampai jadi macam cerita lembu dengan rusa. Tahu dak..?ni cerita zaman kanak-kanak milo dulu nuhh..
Cerita dia camni..
Suatu hari,rusa terjumpa dengan lembu dalam hutan. Tu adalah kali pertama dia jumpa lembu. Rusa pun hairan la tengok lembu ni,yang berkaki empat,muka lembu ni pun hampir serupa dengan dia. Tapi lembu ni tak ada tanduk yang cantik yang terjunjung atas kepala. Rusa pun rasa dia berkali kali ganda lebih cantik dari si lembu tu. Dengan suka-suka hati dia ja terus ejek si lembu ni. Tiba-tiba..(kasi suspen sikit)..ada bunyi tembakan orang memburu. Dengan sepantas kilat,rusa dengan lembu ni lari, tapi,si rusa punya tanduk yang dijunjungnya lagi cantik  ni tersekat dekat ranting kayu. Sedangkan lembu tadi,dengan senang ja boleh lepaskan diri.
Ingat, setiap orang adalah cantik. Kalau ada yang rasa kecantikan itu mengatasi,itu alasan untuk kita lebih mensyukuri kurniaan dari ILAHI. Kalau kita rasa kecantikan kita tidak semana,kita patut lebih syukur sebab telah bebaskan diri daripada pelbagai ketakutan yang dihidapi oleh orang yang cantik. Kalau kita rasa amat buruk,ketahuilah, kat Syurga nanti,wajah kita semua akan serupa bidadari. Macam mana pun keadaan kita,kita adalah cantik. Kita bukan ja cantik,bahkan menarik sekali. Kita kan ciptaan ALLAH.  ALLAH mencipta kita dengan pelbagai rupa sebagai bukti kekuasaan dan selagi kita bernama ciptaan ALLAH,tiada yang buruk pun dalam dunia ni. Kita semua cantik n handsome ja tau. Kalau ada pun,2 semua ukuran manusia semata-mata dan kita mesti ingat,ukuran manusia tu selalunya silap.Tapi kan lagi bertambah cantik lagi menarik kalau kita sulam diri kita ni dengan akhlak, ,peribadi dan pegangan agama yang kukuh.
cantik atau kurang cantik,semua tu kurnian ALLAH,jangan sesekali kita jadi hamba yang tak mengenang budi dengan apa yang ALLAH dah bagi dekat kita. Dan satu lagi,jangan la kita persoal hal-hal kecantikan ni dengan takdir yang ALLAH dah tetapkan. Hal jodoh pertemuan ni dah ditetapkan di Arash ALLAH..kecantikan 2 selalunya yang terakhir dinilai dalam pasangan..apa yang penting,sedap mata memandang. Sedih ja dengaq orang persoal hal kecantikan dengan pasangan jodoh dia. Dah jodoh kan..??tak kisah la cantik ka dak,semua 2 tak penting pun..so best sangat ka cantik ni..??tepuk dada,Tanya hati..bye,assalamualaikum….